3 Jenis Bisnes Dengan Modal Rendah Untuk Diusahakan Masa Pandemik

3 jenis bisnes dengan modal rendah untuk diusahakan masa pandemik

Ramai orang hilang kerja bila Covid 19 melanda. Bagi yang masih bekerja dan menerima gaji penuh, anda memang bernasib baik. Ada 3 jenis bisnes dengan modal rendah untuk diusahakan masa pandemik yang boleh anda usahakan untuk menambah pendapatan.

 

3 jenis bisnes dengan modal rendah untuk diusahakan masa pandemik
Ada banyak bisnes yang boleh dibuat masa pandemik. Cari panduan yang betul untuk elakkan kerugian berpanjangan.

 

Bagi mereka yang terjejas atau yang sudah tiada pendapatan, anda masih punya harapan untuk menambah pendapatan. Sentiasa percaya ada peluang untuk anda usahakan selagi hayat dikandung badan. Di bawah ini kami sertakan 3 jenis bisnes yang anda boleh buat tanpa modal yang tinggi :

 

1. Bisnes dropship. Anda hanya perlu buat promosi, ambil tempahan dan hantar kepada pembekal. Mereka akan uruskan penghantaran. Anda tak perlu simpan stok.

Dapat untung boleh guna untuk simpanan dan buat belanja keluarga. Di bawah ini adalah contoh panduan bisnes dropship yang anda boleh rujuk :

–>> klik sini untuk dapatkan panduan bisnes dropship <<–

 

2. Bisnes affiliate. Bisnes ini memerlukan anda jual produk digital seperti ebook, video dan e-course. Tak jauh beza dengan dropship malah anda boleh dapat komisen sehingga 50% dari harga produk.

Di sini anda boleh lihat contoh panduan bisnes affiliate dan macam mana nak sertainya :

–>> panduan nak mulakan bisnes affiliate <<–

 

3. Bisnes makanan dan minuman. Waktu PKP diperkenalkan, ramai di antara jiran-jiran kita sudah mula menjalankan bisnes makanan. Boleh tempah tengahari, petang mereka hantar.

Kalau anda nak mulakan, boleh belajar dahulu masak-memasak atau upah seseorang untuk masakkan makanan untuk anda jual.

Tak perlu risau macam mana nak promosi. Group WhatApps kan ada. Boleh share apa bisnes yang anda buat dalam group taman, group alumni & group kawan sekolah. Belum cuba belum tahu.

Tengok sahaja di laman sosial, setiap hari ada sahaja rakan-rakan yang meletakkan iklan di group iklan, group taman, group negeri, group daerah dan sebagainya. Bagi yang bijak, mereka akan beriklan dengan cara bercerita.

 

Semoga maklumat yang saya sertakan ini bermanfaat untuk anda. Saya sendiri melakukan bisnes affiliate untuk menambah pendapatan. Mungkin pada orang lain tidak banyak, tapi bagi saya ia amat bermakna.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!