3 Cara Mudah Buat Duit Dengan Lazada

3 cara mudah buat duit dengan Lazada

Biasanya bila sebut Lazada, ramai orang tahu ia sebagai tempat membeli barang secara online, tetapi tak ramai orang yang tahu 3 cara mudah buat duit dengan Lazada contohnya jadi penjual, affiliate, personal shopper atau dropshipper.

 

1. Jual produk di Lazada

Lazada menyediakan platform ecommerce untuk sesiapa yang nak buat duit dengan Lazada atau buat bisnes dengan Lazada. Anda tak perlu bayar apa-apa, cukup sekadar pendaftaran perniagaan SSM untuk bermula.

Pada permulaan, Lazada akan beri anda peluang untuk menjual secara percuma. Bila ada pembelian, barulah mereka caj anda. Sebagai contoh, anda jual barang bernilai RM100. Lazada akan caj sebanyak 2% jika ia sudah dijual.

Bila barang sudah terjual, baru anda bayar. Anggap sajalah itu sebagai yuran pengurusan mereka. Tidak ada ruginya berniaga di Lazada, kerana ia adalah laman edagang yang sudah terkenal di seluruh Asia Tenggara. Anda hanya perlu gunakan platform ini sebaik-baiknya untuk mendapatkan jualan.

Pihak Lazada juga ada menyediakan kelas dari masa ke semasa untuk membantu peniaga menguruskan bisnes di Lazada.

 

2. Sertai program affiliate Lazada

Sekiranya anda tak minat untuk berniaga di Lazada, atau belum ada barang untuk diniagakan, anda masih berpeluang untuk menjana pendapatan dengan Lazada menerusi program affiliate Lazada.

Anda hanya perlu daftar sebagai ejen affiliate dan dapatkan link promosi anda. Link tersebut anda beri pada rakan-rakan yang berminat nak beli produk-produk yang terdapat di sana. Jika ada pembelian dari link affiliate anda, pihak Lazada akan berikan komisen.

 

3. Personal Shopper

Bukan semua orang pandai beli barang di Lazada. Mereka tak berani beli sebab tak nak ditipu atau tak ada akaun perbankan internet. Anda boleh bantu mereka dapatkan barang yang nak dibeli dengan menjadi orang tengah atau Personal Shopper.

Sebagai Personal Shopper, anda harus pandai membuat pemilihan dan pembelian di Lazada. Proses menempah barang juga harus diterangkan pada pelanggan sampai mereka faham. Ada 2 cara untuk mendapatkan upah sebagai Personal Shopper.

Anda boleh dapatkan upah menerusi tempahan pelanggan atau dapatkan untung menerusi Shopback. Anda perlu daftar di laman Shopbank untuk dapatkan cashback. Lagi tinggi nilai barang yang dibeli, lagi tinggi cashback yang anda bakal dapat.

 

3 cara mudah buat duit dengan Lazada
Buat bisnes di Lazada tidaklah sesukar mana.

 

Waktu untuk anda mula buat bisnes di Lazada

Untuk mula buat duit di Lazada, anda perlukan panduan yang dihasilkan oleh mereka yang benar-benar berniaga di Lazada. Dari situ anda akan lihat bagaimana mereka membuat jualan sehingga mencecah RM10,000 sebulan. Klik link di bawah untuk belajar berniaga di Lazada :

–> klik sini untuk dapatkan panduan bisnes Lazada <–

1 comment / Add your comment below

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!